[ RENUNGAN MALAM ]
إذا ما قال لي ربي أماستحييتَ تعصيني ؟
Jika Tuhanku bertanya padaku : tidak malukah kau bermaksiat padaku ?
وتُخفي الذنب عن خلقي وبالعصيان تأتيني
Kau sembunyikan dosamu dari makhlukKu dan datang padaKu dengan penuh dosa
فكيف أُجيب يا وحيي ومن ذا سوف يحميني ؟
Bagaimana aku akan menjawab wahai diriku yang malang ? Dan siapakah yang dapat menyelamatkan aku ?
أُسلّي النفس بالآمال مِنْ حينٍ إلى حين
Aku terus menyogok diriku dengan impian dan harapan dari masa ke masa
وأنسى ما وراء الموت ماذا بعد تكفيني
Dan aku melupakan apa yang akan dihadapi selepas mati dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan
كأني قد ضمنتُ العيش ليس الموت يأتيني
Seolah olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya, seakan akan mati tidak akan menemuiku
وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحميني ؟
Dan telah datang sakaratul maut kepadaku yang mengerikan, nah siapa sekarang yang mampu melindungiku ?
نظرتُ إلى الوجوه أليس منهم مَن سيفديني ؟
Aku melihat pada wajah wajah apakah ada dari mereka yang akan menebusku ?
سأسأل ماالذي قدَّمتُ في الدنيا يُنجيني
Aku akan ditanyakan tentang apa yang aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini
فكيف إجابتي مِنْ بعد ما فرطتُ في ديني ؟
Maka bagaimana aku akan menjawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku ?
ويا وحيي ألم أسمع كلام الله يدعوني ؟
Celakanya aku, apakah aku tak mendengar ayat ayat Allah yang menyeruku ?
ألم أسمع لما قد جاء في ق و يس
Apakah aku tak mendengar apa yang telah di beritakan dalam surat Qaf dan Yasin
ألم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والدين
Apakah aku tidak mendengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dari hari kiamat ?
ألم أسمع منادي الموت يدعوني يناديني
Apakah aku tak mendengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputku
فيا ربّاه عبد تائب مَن ذا سيُؤ ويني
Maka ya Rabb.. Seorang hamba datang bertaubat, siapa yang dapat melindungiku
سوى ربٍّ غفور واسع للحق يهديني
Maka Tuhan yang maha luas pengampunannya dan yang membimbingku pada kebenarannya
أتيتُ إليك فارحمني و ثقِّل في موازيني
Aku telah datang padaMu maka kasihanilah aku dan beratkanlah timbangan kebaikanku
وخفِّف في جزائي أنت أرجى مَن يُجازيني
Dan ringankan hisabku karna Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban
هذا شعر الذي بكى به الإمام أحمد بن حنبل رحمه الله...
( Syair Muhasabah Al Imam Ahmad bin Hambal Rohimahullah ).
No comments:
Post a Comment